Sunday 7 October 2012

Masjid Kampung Hulu, Melaka


Catatan 3 Oktober 2012 (Rabu)
Masjid Kampung Hulu
 





Dari Jalan Hang Tuah, persimpangan Jalan Kampung Hulu bertentangan dengan Dewan Hang Tuah, jarak Masjid Kampung Hulu dari persimpangan tersebut lebih kurang 150M. Sekiranya berkenderaan, terdapat ruang yang luas di pintu masuk bersebelahan Jalan Masjid ( Ruang solat muslimat dan tandas perempuan).
Pintu masuk ke kawasan masjid. (Bahagian atasnya pelantar penyimpanan beduk)
 
Pintu masuk ke masjid
Beduk

Lokasi:

Masjid Kampung Hulu terletak di persimpangan Jalan Kampung Hulu dan Jalan Masjid. Mercu tanda yang jelas dari jauh adalah menara dan bentuk bumbungnya.

Keterangan
Rekabentuk bumbung (Atas). Hiasan puncak dan bucu setiap bumbung (bawah)
 
 Masjid Kampung Hulu dipercayai merupakan masjid yang tertua di Malaysia. Ia dibina dalam sekitar tahun 1728 semasa zaman pendudukan Belanda. Pembinaan masjid ini dibiayai oleh Belanda, tepatnya Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) yang mentadbir Melaka pada masa itu sebagai satu bukti dasar keterbukaan Belanda terhadap kebebasan beragama di Melaka pada masa itu.


Mimbar

Mihrab
 

Tiang kayu
 Kerja-kerja pembinaan masjid ini diserahkan kepada penduduk tempatan yang diketuai oleh seorang Kapitan, Dato’ Shamsuddin bin Arom, pendatang dari China yang telah memeluk Islam. Binaan asal di perbaiki semula oleh Sheikh Omar bin Hussain al-Attas.
Ruang solat

 
Binaan masjid ini menyerupai senibina masjid-masjid di Jawa, dengan reka bentuk bumbung berlapis tiga ada berbentuk seakan-akan piramid. Ruang di antara lapisan bumbung membolehkan udara dan cahaya masuk ke ruang dalam masjid. Dikatakan bahawa falsafah binaan tiga lapisan bumbung masjid tersebut ialah lapisan paling atas ditafsirkan sebagai “Iman manusia kepada Tuhan”, lapisan kedua – “Hubungan Manusia dengan Manusia” dan lapisan ketiga “alam Semula Jadi yang Menghubungkan Manusia dengan Tuhan”.

Ukiran ayat-ayat suci di bahagian atas pintu





Rekabentuk tingkap

 Walau bagaimanapun tidak seperti kebanyakan masjid di Jawa, Masjid Kampung Hulu tidak dibina secara keseluruhannya dengan kayu, sebaliknya ia dibina dengan batu-bata. Pengaruh cina sangat ketara pada rekabentuk hiasan dalaman dan luaran masjid. Bahkan jubin seramik dan jubin lantai menggunakan corak hiasan dari Dinasti Ching di China.

 Menara pula diperbuat daripada batu dengan ciri-ciri senireka Melaka pada zaman itu. Corak ukiran dan rekabentuk masjid juga bertemakan alam semulajadi. Ukiran pada dinding dan bumbung berkonsepkan tumbuh-tumbuhan. Pada hujung (rabung/ bucu) bumbung dihiasi dengan corak sulur bayur, mahkota dan awan larat.

Sekiranya melalui pintu masuk yang berhampiran dengan kolah untuk mengambil wuduk, kita akan mendapati terdapat sebuah pelantar kayu dibina di atasnya untuk menempatkan beduk. Ketika lawatan ini saya berpeluang menaiki pelantar tersebut dan mendapati beduk tersebut masih dalam keadaan baik walaupun tidak digunakan lagi.
Kolah
Menara

Kolah tempat berwuduk juga masih digunakan dan airnya agak sejuk dan nyaman. Masjid Kampung Hulu juga masih digunakan sehingga kini. Dalam lawatan ini, saya mendapati selain dijadikan tempat berkumpul penduduk sekitar, saya mendapati beberapa orang Jemaah sedang menunaikan solat sunat dhuha dan berzikir.

Masjid Kampung Hulu telah diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan pada tahun 2005.

No comments:

Post a Comment